Wednesday, January 31, 2018

Status

Status Isu Keluarga Bahagia di Malaysia pada masa kini

Keluarga Bahagia adalah asas ke arah pembentukan masyarakat yang bahagia dan sejahtera. Keluarga Bahagia juga menjadi keyakinan umum bahawa kebajikan seseorang insan adalah berpunca daripada status kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Keluargayang mengalami bermasalah merupakan keluarga yang mempunyai krisis yang meruncing di dalam rumah tangga akibat daripada masalah keluarga. Masalah-masalah yang mengalami dalam sebuah keluarga seperti:-

a. Penceraian ibu bapa,
b. Penjagaan anak-anak,
c. Konflik keluarga

dan sebagainya.
Terdapat isu negatif yang sering berlaku di setiap ahli keluarga dan terdapat juga cara untuk membina kelarga bahagia. Terdapat beberapa faktor negatif iaitu faktor kemiskinan. Kemiskinan ditakrifkan sebagai satu keadaan apabila sesebuahkeluarga tidak memperoleh pendapatan yang cukup bagimenampung perbelanjaan keperluan asas, seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan juga perubatan serta pengangkutan yang diperlukan oleh ahli keluarga bagi membolehkan mereka menjalankan kegiatan harian dengan baik. Ketua keluarga yangtidak memperolehi pendapatan yang mencukupi untukmenampung keperluan sesebuah keluarga akan berhadapan dengan masalah rumahtangga. Keadaan negatif ini berterusan menyebabkan keadaan keluarga menjadi tidak tenteram. Maka timbul lagi masalah keluarga yang lain, sepertipenceraian dan keganasan rumahtangga.

No comments:

Post a Comment