Faktor Pemilihan Isu Tersebut
Faktor pemilihan isu keluarga bahagia ialah pada
zaman ini, kerengangan keluarga berlaku.Seterusnya,isu tersebut semakin menular di kalangan masyarakat
kita. Antara punca kerenggangan keluarga ialah lemah dalam kefahaman dan amalan
agama. Tidak dapat tidak asas untuk mengatasi semua masalah mesti berteraskan
agama.Sebarang penyelesaian masalah sama ada dengan psikologi dan lain-lain
yang tidak berteraskan agama sebenarnya masalah itu cuma dapat dirawat
sekadar”kulit”sahaja,adapun masalah dalaman tidak akan dapat dirawat.Bila tak
dirawat maka masalah akan terus bertambah teruk dan parah.
Seterusnya, tidak tahu apa pendekatan yang sepatutnya diambil dalam
menangani masalah. Bila kita diuji dengan masalah dalam rumah tangga kita tidak
tahu bagaimana mahu menyelesaikannya.Apa yang kita tahu ketika itu adalah
marah-marah,mengamuk,pukul memukul,lari rumah,cerai,atau terjun tingkap..Inilah
kesilapan kita yang ia bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah yang
sedang berlaku dalam rumah tangga bahkan ia sebenarnya membarahkan lagi masalah
yang memang sudah parah. Inilah faktor pemilihan isu tersebut.
No comments:
Post a Comment