Maksud Keluarga Bahagia
Merujuk kepada Kamus Dewan iaitu Keluarga memberi maksud seisi rumahtangga yang
terdiri daripada suami dan isteri serta anak-anak. Manakala Bahagia pula
bermaksud suasana tenang dan aman serta gembira. Sebut saja keluarga bahagia,
sudah jelas terbayang dalam kotak pemikiran kita bahawa kehidupan satu keluarga
yang bebas daripada gejala sosial, mengamalkan corak hidup yang berlandaskan
disiplin tetapi wujud di dalamnya sifat kasih sayang yang amat tinggi dan
saling menghormati. Apabila kita hidup dalam syurga kehidupan berumahtangga,
maka akan lahirlah generasi-generasi yang mempunyai modal insan yang
berkualiti.
Keluarga ialah satu institusi penting dalam negara
yang berperanan sebagai penyumbang terpenting kepada kesejahteraan diri dan
masyarakat dan sekaligus menyumbang kepada keharmonian negara.
=Institusi keluarga sangat penting untuk:
-membina keluarga yang untuk penyayang bahagia dan
sejahtera.
-Pengurusan yang menetap dari segi jasmani dan
rohani.
-Pemantapan nilai murni sebagai asas pembentukan
identiti.
=Aktiviti Institusi kekeluargaan:
-Program lawatan kebajikan bagi mewujudkan kesedaran
dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan
-Aktiviti gotong-royong.
-Rekreasi dan riadah yang dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan.
No comments:
Post a Comment