Wednesday, January 31, 2018

Muka Depan

KELUARGA BAHAGIA


NAMA PENSYARAH:
MOHAMAD ZAID BIN ISMAIL


SESI DIS 2017

JABATAN KEJURUTERAAN
ELEKTRIK

 NAMA AHLI KUMPULAN:

1.Vithyaa A/P Thambyrajah(15DEP17F1033)
2.Moses A/L Francis (15DEP17F1038)
3.Siew Sheng Xiang (15DEP17F1041)
4.Raneeta A/P Prabhakaran(15DEP17F1043)

Isi Kadungan

Isi Kandungan




1.Muka Depan 
2.Isi kandungan
3.Maksud Keluarga Bahagia
4.Faktor Pemilihan isu tersebut.
5.Status isu tersebut di malaysia pada masa kini
6.Rumusan Keluarga Bahagia
7.Cadangan kepada pihak berwajib
8.Rujukan 
9.Lampiran

Maksud


Maksud Keluarga Bahagia



Merujuk kepada Kamus Dewan iaitu Keluarga memberi  maksud seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri serta anak-anak. Manakala Bahagia pula bermaksud suasana tenang dan aman serta gembira. Sebut saja keluarga bahagia, sudah jelas terbayang dalam kotak pemikiran kita bahawa kehidupan satu keluarga yang bebas daripada gejala sosial, mengamalkan corak hidup yang berlandaskan disiplin tetapi wujud di dalamnya sifat kasih sayang yang amat tinggi dan saling menghormati. Apabila kita hidup dalam syurga kehidupan berumahtangga, maka akan lahirlah generasi-generasi yang mempunyai modal insan yang berkualiti.
Keluarga ialah satu institusi penting dalam negara yang berperanan sebagai penyumbang terpenting kepada kesejahteraan diri dan masyarakat dan sekaligus menyumbang kepada keharmonian negara.

=Institusi keluarga sangat penting untuk:
-membina keluarga yang untuk penyayang bahagia dan sejahtera.
-Pengurusan yang menetap dari segi jasmani dan rohani.
-Pemantapan nilai murni sebagai asas pembentukan identiti.

=Aktiviti Institusi kekeluargaan:
-Program lawatan kebajikan bagi mewujudkan kesedaran dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan
-Aktiviti gotong-royong.

-Rekreasi dan riadah yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Faktor

Faktor Pemilihan Isu Tersebut


Faktor pemilihan isu keluarga bahagia ialah pada zaman ini, kerengangan keluarga berlaku.Seterusnya,isu tersebut semakin menular di kalangan masyarakat kita. Antara punca kerenggangan keluarga ialah lemah dalam kefahaman dan amalan agama. Tidak dapat tidak asas untuk mengatasi semua masalah mesti berteraskan agama.Sebarang penyelesaian masalah sama ada dengan psikologi dan lain-lain yang tidak berteraskan agama sebenarnya masalah itu cuma dapat dirawat sekadar”kulit”sahaja,adapun masalah dalaman tidak akan dapat dirawat.Bila tak dirawat maka masalah akan terus bertambah teruk dan parah.

    Seterusnya, tidak tahu apa pendekatan yang sepatutnya diambil dalam menangani masalah. Bila kita diuji dengan masalah dalam rumah tangga kita tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikannya.Apa yang kita tahu ketika itu adalah marah-marah,mengamuk,pukul memukul,lari rumah,cerai,atau terjun tingkap..Inilah kesilapan kita yang ia bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah yang sedang berlaku dalam rumah tangga bahkan ia sebenarnya membarahkan lagi masalah yang memang sudah parah. Inilah faktor pemilihan isu tersebut.

Status

Status Isu Keluarga Bahagia di Malaysia pada masa kini

Keluarga Bahagia adalah asas ke arah pembentukan masyarakat yang bahagia dan sejahtera. Keluarga Bahagia juga menjadi keyakinan umum bahawa kebajikan seseorang insan adalah berpunca daripada status kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Keluargayang mengalami bermasalah merupakan keluarga yang mempunyai krisis yang meruncing di dalam rumah tangga akibat daripada masalah keluarga. Masalah-masalah yang mengalami dalam sebuah keluarga seperti:-

a. Penceraian ibu bapa,
b. Penjagaan anak-anak,
c. Konflik keluarga

dan sebagainya.
Terdapat isu negatif yang sering berlaku di setiap ahli keluarga dan terdapat juga cara untuk membina kelarga bahagia. Terdapat beberapa faktor negatif iaitu faktor kemiskinan. Kemiskinan ditakrifkan sebagai satu keadaan apabila sesebuahkeluarga tidak memperoleh pendapatan yang cukup bagimenampung perbelanjaan keperluan asas, seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan juga perubatan serta pengangkutan yang diperlukan oleh ahli keluarga bagi membolehkan mereka menjalankan kegiatan harian dengan baik. Ketua keluarga yangtidak memperolehi pendapatan yang mencukupi untukmenampung keperluan sesebuah keluarga akan berhadapan dengan masalah rumahtangga. Keadaan negatif ini berterusan menyebabkan keadaan keluarga menjadi tidak tenteram. Maka timbul lagi masalah keluarga yang lain, sepertipenceraian dan keganasan rumahtangga.

Rumusan

RUMUSAN



Sebuah keluarga itu adalah asas kepada sebuah masyarakat. Jika sebuah keluarga itu utuh dan mengamalkan kasih sayang di antara ahlinya, sudah tentu ia akan dapat melahirkan masyarakat penyayang dan baik dalam semua segi. Kewujudan keluarga bahagia dan penyayang hanya akan lahir daripada sebuah keluarga yang harmoni. Ibu bapa dan ahli keluarga perlu memainkan peranan positif ke arah mewujudkan keluarga penyayang bagi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Cadangan

Cadangan Keluarga yang Bahagia.

Ibu bapa merupakan pihak yang paling utama memainkan peranan dalam pembentukan keluarga bahagia. Hal ini kerana ibu bapa boleh merancang dan membuat tindakan untuk membolehkan keluarga mereka hidup bahagia. Contohnya, ibu bapa perlu menyediakan kemudahan am dan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak adab-adab dalam keluarga dan menasihati anak-anak dalam hal-hal yang berkaitan dengan tingkah laku. Ibu bapa juga mesti menjadi contoh kepada anak-anak dalam segala hal yang berlaku di rumah.

Selain itu, ibu bapa juga mesti memberikan pendidikan kepada anak-anak. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa memberikan pendidikan kepada anak-anak dengan menyekolahkan mereka. Pendidikan yang diperolehi anak-anak akan menjadikan mereka insan yang berguna kepada keluarga dan seterusnya dapat membentuk keluarga yang bahagia. Anak-anak yang mendapat pendidikan yang secukupnya tidak akan mudah terpengaruh dengan gejala sosial yang kerap melanda remaja masa kini. Oleh itu, apabila anak-anak sudah berjaya, mereka pasti dapat menyara diri dan membentuk sebuah keluarga bahagia setelah mereka berkahwin.